Tuesday, July 6, 2010

Fesi kini lebih proaktif

Markas (K) : 06 Julai- Sekumpulan Ex Fesilitator yang terdiri daripada kumpulan p&k hari ini telah membuka lembaran baru bagi semester Julai 2010 setelah sepakat membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi Program KONVOI & SCHOOL ATTACK (KOTAK).

Kesemua mereka seramai 25 orang telah dibahagikan tugas masing-masing untuk menjalankan program tersebut. Program yang berkonsepkan membina ukuwah diantara pihak kolej serta masyarakat ini akan dilaksanakan bersama dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti POLIS, BOMBA dan Kementerian Kesihatan Malaysia. selain itu, Program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ahli P&K dengan menjalankan aktiviti bersama. Menurut perancangan, dikhabarkan sekumpulan mereka ini akan ke pulau Langkawi selepas Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Tidak hanya berhenti di situ sahaja, perancangan turut merangka untuk bercuti bersama ke Pulau perhentian.

Pada pandangan daripada pihak Kolej melalui wakilnya, Yang Mulia Raja Izzuddin Bin Raja Ahmad, selaku Timbalan pengarah perkhidmatan kolej Poly-tech MARA, beliau sangat menyokong program ini dan sedia memberi bantuan yang sewajarnya, ketika ditanya oleh wakil media kami.-Fesi News.

MESYUARAT BAGI PROGRAM KONVOI & SCHOOL ATTACK (KOTAK)

surat jemputan telah dipublishkan di group Team fesi @ facebook.

Sunday, July 4, 2010

Kemeriahan Fesi @ fun Fair

Tesco Kota Bharu : Kemeriahan & keseronokkan Fun fair Kota bharu dirasakan apabila menerima kunjungan Ahli fesi team Induksi 2010 (p&k) jumaat lepas, 02 Jun 2010.

Permainan yang sangat mencabar & menyeronokkan tersebut menyebabkan sebilang mereka hanya mampu bermain sebahagian sahaja permainan yang ada. Tiada ayat yang mampu mereka katakan selain "besttttt!!!" menjadi kata-kata yang mengambarkan bertapa seronoknya dirasakan.

Antara permainan yang menguji ketahanan mental serta fizikal adalah challenger kerana permainan tersebut mampu membuatkan anda "terkencing,jika anda belum kencing lagi", "termuntah, jika main selepas makan"..dan "meninggal dunia, jika anda mempunyai sakit jantung". Harga bagi tiket permainan tersebut sejumlah RM8.00 seorang.

Bagi mereka yang masih belum mengunjungi Fun Fair tersebut kedatangan anda amat di alu-alukan untuk menguji ketahanan mental & fizikal anda..

Thursday, July 1, 2010

Jom Makan Lagi

Jom makan Lagi kali ini akan menjemput semua Ahli Fesi untuk datang ke Rumah Miss Idayu Farhana. Semua Fesi yang ingin turut serta boleh berkumpul di Kolej pada 02 julai 2010 sebelum pukul 2.30 petang selepas selesai solat jumaat. kenderaan disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh menghantar komen di TEAM INDUKSI KPTMKN JUN 2010 (P&K) group. Jangan lupa mengesahkan kehadiran anda...


Jumpa disana...........................

my feeling of u....


hari ahad-hari terakhir induksi.....
stat dari petang lagi emosi da jadi x stabil....
perasaan sedih menguasai diri...
sbb aku th, mlm ni aku akan balik...
xdpt join team fesi pada saat2 kemuncak....

redha je la...
papepon family lebih utama...

malam tu emosi makin x terkawal....
tgk rakan2 fesi pon da buat air mata ni murah tuk mengalir...
x tahu la nape rasa sebak sgt.....
tp aku da xnak nangis dpn dorg....
malu...
cukop la nangis skali dpn sume pasal kes belon tu...
hahahaha....
so jalan yg terbaik, aku duk sorg2 kat blakang pintu....
hanya perhati kan rakan2 fesi dari jauh...
spjg mlm tu hanya dia sorg je setia menemani aku....
dpn dia gak la air mata ni xleh nk tahan dan akhirnya ngalir jgk....
tp en nik nmpak...
cess blh plak dia gelakkan aku....
tp ble air mata makin laju, menggelabah en nik...
hahaha...
asalnya janji abah dtg amek kol 10...tp mntak postpone ngan abah kol11.30...
mulanya dia marah...tp xkesah la...jap je...
di saat, kete aku meninggalkan perkarangan kptm,
perhhhh sayu giler.....
perasaan mcm da xkan jumpa da dorg ni....
huhuhu....

----------------------------------------------------

esoknya-isnin malam-malam bbq....
tyme rakan2 fesi tgh berseronok aku plak da slamat smpai umah my sis di seri kembangan...
kesebakan kembali menerjah jiwa bile membayangkan kemeriahan party bbq @ mjlis perpisahan cik idayu @ smbutan befday sha....
mesti best giler....
makin rasa sebak bile sorg demi sorg mms gmba ayam....
saje la tu nk buat org jeles....

ade ke ptt suh aku tgk gamba je

tetiba dapat msg dari hadi ---> sir fazli mntak nak makan bahagian nida.....

hahaha....nk tergelak bace msg tu....sir, kl da P tu P jgk la....
makan byk....

bukti team P mmg kuat makan

da nk dkt kol 11, di khabarkan plan tuk cik Idayu akan dilancarkan...dia cakap kl nak same2 rasa kemeriahan nya, coll la....
so aku pon call la....
skali lagi perasaan hiba tu datang...
spjg mjlis cik idayu tu aku dgr je melalui phone....
perhh korg nangis kat sana ramai2....
aku nangis kat cni sorg2 smpai teresak2....
hanya dia yg tahu....
sempat gak la aku sembang jap ngan cik idayu, sha, piah, wani, fyza dan iman....
bile dgr kata2 dorg ni. lagila la laju air mata ni....
blh dikatakan malam tu nangis smpai hbs stok air mata tuk setahun.....

satu lagi perkara yang menyentuh perasaan bile dgr ucapan miss dilla...
kata2 yang miss ungkapkan tu x akan aku lupakan sampai bile2...

"cinta adalah untuk di nikmati bukan untuk di tangisi"...

salah seorg mangsa virus giler mic

:: ape yg nida tulis kat cni hanya sekadar luahan hati sebagai seorang teman yang xdapat bersama teman2 yang lain....

:: bile dah di katakan teman sejati, wlaupon berada pada jarak yang jauh, tapi hati ini sentiasa dekat dgn kamu semua....


:: tangisan yang mengalir itu da cukop tuk buktikan betapa nida sayangkan kamu semua.....


p/s: untuk dia, atas ape yg awk da buat tuk saya selama tempoh ni, kini sy pecaya awk adalah teman sejati saya... thanx so much...

to all team fesi,
I LOVE U DAMN MUCH.....


...KENANGAN TERINDAH...

:: teman sejati,
~~nieda~~

Wednesday, June 30, 2010

Terima Kasih semua...

Assalamualaikum semua...
hari ni rasa bahagia sangat, walaupun kesunyian tapi aku masih gembira.. nak tahu apa yang ingin aku ceritakan?? jom baca ni..

-Buat pengetahuan semua, hari ini dengan berbesar hati aku telah membuka blog ini kepada semua untuk menulis di dalamnya..aku harap kita semua dapat berkongsi luahan perasaan disini..hanya di alam maya ini kita dapat bersua selalu.

-Thanks to fyza,safiah,wani, zura & hadi kerana kita keluar bersama untuk menikmati makan malam bersama..kalau takde korang, aku tak makan la malam ni..takde orang nak teman aku..ashrof dah balik kedah...

-paling mengembirakan dalam hidup kita jika orang memuji hasil seni kita.. korang tau x, andai kamu sedih menonton vedio "for miss idayu farhana" tu maknanya hasil seni aku dah berjaya... objektif vedio tu sebenarnya nak penontonya menangis je..setiap vedio yang ada kat facebook tu ada maksud tersiratnya tersendiri..

saampai sini saja yang mampu aku kongsikan buat semua...semoga ikatan teman sejati kita terus kekal hendaknya..Amin...

From: Rafie

Tuesday, June 29, 2010

jom makan

To all fesi members, malam ni (29 jun 2010) kalau free xde apa2 yang korang nak buat jom lepak kat P.K Corner jam 8.30 Pm..

master Planning today:
Fyza
Rafie

guess Yg confrim Hadir:
-hayy
-zura
-Iman
-safyah
-Fina

*yang diketahui setakat ni...

so, jom makan.........

Saturday, February 20, 2010

Social media usage doesn’t affect academics

Students who fear that spending too much time on social media sites will affect their academic performance can breathe easy, according to a new study.

Conducted by WSBE professor Chuck Martin and his marketing research class, the study found that there was no correlation between grades students receive and the amount of time spent on sites such as Facebook or Youtube.

“We broke down usage by minutes during a typical day,” said Martin, with light users being logged onto a social media site for fewer than 31 minutes per day and heavy users on for a time exceeding 61 minutes per day.

The results found that 63 percent of the students who were categorized as heavy users received As and Bs while 37 percent received grades lower the Bs. For the light users, it was found that the ratio was 65 percent high grades to 35 percent low.

Six popular social media websites were mentioned within the survey.

“The top sites for students in order were Facebook, Youtube, blogs, Twitter, Myspace and LinkedIn,” said Martin. The study found that 96 percent of students use Facebook and 84 percent used Youtube.

“I thought the results were what they should be,” said Senior Bryan McManus who worked on the project, “I was surprised by how many people use it for social and entertainment as opposed to professional and educational reasons.”

The marketing class found that 89 percent of the students claimed they used the sites for social reasons and 79 percent said for entertainment. Findings were that 26 percent said they used it for educational purposes and 16 percent for professional needs.

The subject of the study was selected and run by the class. Information was gathered by teams of five to six students with each group assigned one of the six colleges within the university. Of the 11,958 students attending UNH last semester 1,127 were surveyed by the class.

“We asked them what they used social media, how often do you use each of the mediums, and how has your media usage changed over the past year,” said McManus

The study has been gaining popularity outside of the university as well. The results have been published throughout the country and even as far away as India, according to Martin.

“Students are not surprised,” he said, “but adults are.”



source :http://www.tnhonline.com/unh-study-social-media-usage-doesn-t-affect-academics-1.1115452

Sunday, January 10, 2010

Hukum sertai FaceBook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?” Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati: 1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).


2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas? 3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).


Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.


Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu. 4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had. KESIMPULAN Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut: 1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya. 2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram. 3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan: a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya. b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain. c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.


d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.


e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.


f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.


g- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

SUMBER:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HukumsertaiFacebook/Article/indexp_html