Friday, July 31, 2009

Kenaikan Yuran Asrama

  1. ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN KENAIKAN YURAN ASRAMA?
  2. ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN?
  3. BERBALOIKAH DENGAN KENAIKAN YURAN ASRAMA DENGAN PINJAMAN YANG ANDA TERIMA?
Penyertaan daripada anda sangat diharapkan.Kami akan mengajukan penyertaan anda kepada pihak kolej untuk menjawab persolan di atas. Maklum balas daripada pihak kolej juga akan kami cuba dapatkan dan akan kami paparkan di http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com. Semua penyertaan anda haruslah di emailkan kepada fesiproduction@yahoo.com .

Thursday, July 30, 2009


Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut.

Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat. Tetapi tidak dapat dinafikan, persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.

Bagi saya, apa-apa sahaja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat didalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh. Malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ketika menjelaskan lagi konsep Satu Malaysia yang dimaksudkan itu.

Satu Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub. Dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika Perlembagan Malaya Merdeka dirangka, sekaligus mambawa kepada pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 19657. Pesefahaman juga telah dicapai dengan meletetakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai timbal balasnya, agama-agama lain boleh diamalkan oleh para penganut masing-masing di dalam aman dan harmoni.

Oleh itu dari sudut agamanya, konsep Satu Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semanjak penggubalan Perlembagaan Negara menjelang tarikh kemerdekan pada 31 Ogos 1957. Dan sehinggalah ke hari ini, kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SATU MALAYSIA RENTETAN SEJARAH DUNIA

Sejarah pembangunan tamadun islam semanjak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke zaman kegemilangan islam yang bertapak di Eropah dan China, mambuktikan, konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mampunyai prinsip mamberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah turut membuktikan, pemerintahan Islam semasa Rasulullah S.A.W. di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik sekaligus menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat dibawah pemerintahan itu. Lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep Satu Malaysia semestinya akan mangambil iktibar dari perjalanan sejarah ini demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan diatas, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semanjak berkuat kuasanya Perlembagaan, agama Islam merupakan agama negara, dan raja-raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.

Yang Di-Pertuan Agong dalam lafas penerimaan perlantikan Baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk mematubkan Islam sebagai agama negara merupakan satu persepakatan di antara al-marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam dalam dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalah gunakan oleh sesiapa pun. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Manteri manyedari hal ini ketika meletakan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘Satu Malaysia’.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membincangkan isi-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep Satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini menyaksikan kehadiran golongan radikal dan ekstremis dikalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu. Atau kerana kepentingan diri sendiri.

Event

Majlis bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
  • Tarikh : 1 ogos 2009
  • Tempat: Kompleks Sukan Sekolah-sekolah Kelantan
  • Masa: 8.30 Pagi
Kepada sesiapa yang ingin menyertai program tersebut, hendaklah mendaftarkan diri di bilik MPP

Event

Seminar Integerasi IPTA & IPTS negeri Kelantan
  • Tarikh : 30 Julai 2009
  • Tempat : Pantai Cahaya Bulan Beach Resort
  • Masa : 8 AM - 4.30 PM

Wednesday, July 29, 2009

UiTM Science Club KPTMKB

Gastric

What are the symptoms of a stomach ulcer?
Pain in the upper
abdomen just below the sternum (breastbone) is the common symptom. It usually
comes and goes. It may be eased if you take antacid tablets. Sometimes food
makes the pain worse. The pain may wake you from sleep.
Other symptoms which
may occur include: bloating, retching, and feeling sick. You may feel
particularly 'full' after a meal.
Complications develop in some cases, and
can be serious. These include:
Bleeding ulcer. This can range from a
'trickle' to a life-threatening bleed.
Perforation. This is where the ulcer
goes right through ('perforates') the wall of the stomach. Food and acid in the
stomach then leak into the abdominal cavity. This usually causes severe pain and
is a medical emergency.

TEXT BY:
http://raudhahkhaulah.blogspot.com/
Licturer Biology KOLEJ POLY_TECH MARA KOTA BHARU

Tuesday, July 28, 2009

gambar-gambar KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC'09)
















KEJOHANAN BOLA SEPAK IPT KELANTAN

Kepada semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan yang berminat untuk mewakili Kolej di dalam KEJOHANAN BOLA SEPAK IPT KELANTAN dikehendaki mendaftarkan diri untuk menyertai pemilihan. Pemilihan pemain akan dibuat pada:
  • Tarikh : 3 ogos 2009
  • Masa : 5 PM
  • Tempat : Padang Kompleks Sukan Panji
Pendaftaran bagi menghadirkan diri untuk pemilihan adalah wajib, dan haruslah dibuat kepada En.Mahathir / En. Mohd Hanis selewat-lewatnya pada 2 ogos 2009 (Ahad)

Ad-Din

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.
Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

Monday, July 27, 2009

KEJOHANAN BADMINTON KPTM KOTA BHARU


Jom!!! bersama-sama kita memeriahkan kejohanan badminton KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU yang akan berlangsung pada 1 ogos 2009 di Dewan Tengku Anis pengkalan chepa. Maklumat lanjut hubungi Majlis perwakilan pelajar (MPP) Unit Sukan & Reakrasi.

News Review (RM722).

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sejumlah RM401,425.96 berjaya dikutip selepas seminggu Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) dilancarkan.

Sumbangan terbaru diterima daripada Masjid Mukim Pasir Pekan, Tumpat dan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Bahagian Perubatan Kementerian Kesihatan yang masing-masing memberi sumbangan RM5,000.

Turut memberi sumbangan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Bukit Mertajam yang menderma sebanyak RM2,773, UMNO Bahagian Kepala Batas (RM1,000) dan Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu (RM722).

Kutipan talian IRM pula mencatatkan sumbangan sebanyak RM21,200.

Dalam pada itu, Masjid Mukim Pasir Pekan, Tumpat menjadi masjid pertama di Kelantan yang menyumbangkan RM5,000 untuk Dakap.

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan kira-kira 3,000 kariah masjid terbabit yang dibuat sejak minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Ekonomi Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya memilih Dakap kerana yakin sumbangan itu akan disalurkan secara terus ke Palestin.

''Sumbangan ini merupakan peruntukan daripada tabung persatuan dan kita akan teruskan usaha untuk mengumpul sumbangan tambahan daripada 200 ahli di seluruh negara,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus berkata, pihaknya mengutip RM1,000 untuk tabung itu setelah sehari ia dilancarkan di Wisma UMNO kira-kira 9 malam tadi.

''Kami terpanggil untuk berkongsi keinsafan dengan seluruh rakyat Malaysia yang mahu penderitaan penduduk Palestin dihentikan,'' ujarnya.

Warga Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan sebanyak RM722 untuk Dakap selepas mengadakan derma kilat sejak dua hari lalu.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej itu, Fadhlullah Bahrunnizam berkata, pihaknya percaya kutipan yang dibuat itu dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat Palestin.

Orang ramai atau syarikat korporat boleh mendepositkan wang ke dalam akaun IRM menerusi akaun Maybank: 5621-4270-8704 atau akaun CIMB: 1259-0000-8040-58.

Mereka juga boleh menyumbang dengan menggunakan cek berpalang di atas nama ISLAMIC RELIEF MALAYSIA.

Selain itu, sumbangan atau cek boleh dihantar kepada IRM di semua biro Utusan Malaysia di setiap negeri.

Sumber Berita:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm&arc=hive

News Review (Persatuan Angkasawan dilancar Julai)

KOTA BHARU 22 Mei - Persatuan Angkasawan Negara yang diusahakan penubuhannya pada awal tahun ini, akan dilancarkan Julai ini bagi membantu menyemarakkan minat dan penglibatan rakyat dalam bidang angkasa.

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata, persatuan ini akan turut didokong oleh 59 calon akhir angkasawan tempatan yang terlibat dalam program angkasawan negara.

Menurutnya, persatuan tersebut akan bergabung tenaga dengan pelbagai pihak menjelajah negara bagi menyebarkan maklumat berkaitan bidang astronomi dan angkasa kepada orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Angkasawan Pulang ke Gagang, di Kolej Poly-Tech Mara, Kampus Kejururawatan 2, Kemumin, Pengkalan Cepa di sini hari ini.

Seramai 500 pelajar program kejururawatan kolej menyambut kedatangan Dr. Sheikh Muszaphar dan mendengar dengan penuh minat pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam misinya.

Turut hadir Pengarah kolej, Hasbullah Seman dan Timbalan Rektor Kolej Poly-Tech MARA, Dr. Fatanah Mohamed.

Katanya, maklumat akan disebarkan terutama kepada kanak-kanak dan remaja sebagai galakan kepada mereka untuk berjaya berjaya dalam pelbagai bidang yang bakal diterokai.

Contohnya, ujar beliau, kedatangannya itu diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan jururawat melonjakkan status karier bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Sumber Berita:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0523&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive

News Review

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) menawarkan kursus-kursus kompetitif sama ada secara sepenuh atau separuh masa.

NAMA Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) bukanlah satu nama asing dalam industri pendidikan tinggi negara. Dengan keutuhan tradisi dan graduan berdaya saing yang dilahirkannya sejak 25 tahun lalu, kolej milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu terus unggul melahirkan insan berkualiti untuk masa hadapan.

KPTM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang merupakan syarikat milik penuh Mara.

Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar KPTM, Dr. Fatanah Mohamed, keutuhan institusi pengajian tinggi swasta itu diasaskan berdasarkan gabungan dua institusi taraf tertiari terkemuka Mara.

“Kepakaran dan aset yang dimiliki oleh Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPM) dan Akademi Infotech Mara telah digabungkan pada tahun 2003 untuk menghasilkan sebuah entiti yang lebih kukuh,” ujar Fatanah ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di KPTM Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan, sejarah KPTM bermula pada tahun 1983. Kini ia mempunyai tujuh lokasi kampus di seluruh negara. Kesemua lokasi kampus itu menawarkan kursus-kursus kompetitif yang memenuhi keperluan negara masa kini secara sepenuh dan separuh masa.

Selain KPTM Kuala Lumpur yang merupakan kampus induk, kampus-kampus KPTM lain terletak di Kuantan, Pahang; Bangi, Selangor, Kota Bharu, Kelantan; Alor Star, Kedah; Ipoh, Perak dan Batu Pahat, Johor.

Pada masa ini, kolej tersebut menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat profesional, ijazah pertama, diploma dan sijil.

“Kursus-kursus ini diadakan dengan usahasama institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, selain daripada program yang disediakan oleh KPTM sendiri,” kata Fatanah. Antara program yang disediakan di kolej tersebut termasuklah bidang sains komputer dan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan, perakaunan, kejuruteraan dan pengajian profesional seperti Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA), ACCA Certified Accounting Technician (ACCA-CAT) dan The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA)

KPTM juga mengadakan usahasama dengan Institut Pentadbir dan Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Universiti Conventry, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program-program dalaman KPTM termasuk diploma dalam perakaunan, pengurusan perniagaan, sains komputer, sistem dan rangkaian komputer, maklumat perniagaan, teknologi maklumat, multimedia dan kejururawatan serta Matrikulasi ICSA.

Program usahasama dengan Universiti Conventry di United Kingdom adalah contoh usahasama KPTM dengan institusi pengajian tinggi luar negara.

Di bawah program ini, KPTM menawarkan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi maklumat perniagaan dengan perniagaan antarabangsa; teknologi maklumat dengan perakaunan dan sains komputer.

Ia juga mengadakan usahasama dengan Universiti Thompson Rivers, Kanada dengan menawarkan program pengajian peringkat diploma dalam bidang sistem komputer, iaitu operasi dan pengurusan.

Program KPTM dengan seliaan UUM termasuk diploma pengurusan perniagaan dan teknologi maklumat, manakala usahasama kolej tersebut dengan UiTM menawarkan kursus-kursus seperti pra-diploma sains, perdagangan dan perakaunan.

Selain itu, usahasama dengan UiTM turut melibatkan program-program peringkat diploma dalam bidang sains, pengajian perniagaan, perbankan, analisis pelaburan, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan awam.

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer turut dianjurkan melalui usahasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.


Sementara itu, program peringkat diploma eksekutif yang dijalankan oleh Pusat Pembelajaran Berdaftar UiTM pula dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan KPTM. Jalinan kerjasama ini melibatkan tawaran dalam bidang pengurusan korporat, teknologi maklumat, pejabat, peruncitan dan modal insan.

Memegang moto ‘Pusat Pembelajaran, Berpusatkan Anda’, Fatanah menambah: “Misi kami ialah menjadi sebuah institusi pengajian pilihan yang memberikan pendidikan yang holistik dan berkualiti dalam menghasilkan modal insan yang berilmu.”

Fatanah menjelaskan bahawa para pelajar KPTM bukan hanya terdiri daripada para pelajar Melayu tetapi institusi itu juga mengambil para pelajar daripada kaum lain.

Pengambilan pelajar oleh kolej ini dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Disember atau Januari.

Beliau turut memaklumkan bahawa para pelajar yang layak akan menerima biasiswa tajaan Mara atau bantuan kewangan lain seperti daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bank Rakyat.

Sehingga kini, Fatanah memaklumkan, KPTM mempunyai lebih 12,300 pelajar dengan bilangan tertinggi di kampus KPTM Bangi (3,239), diikuti Kuala Lumpur (2,847), Kota Bharu (2,426), Kuantan (1,463), Alor Star (981), Ipoh (749) dan Batu Pahat (629).

Sumber Berita:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_06.htm

Sunday, July 26, 2009

KEPUTUSAN KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC 09)


Kehangatan Perlawanan KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC 09) yang berlangsung semalam masih rancak dibualkan dikalangan peserta mahupun penonton. Kejohanan yang menjadi aktiviti setiap semester ini dilangsungkan di REAL 7 Pasir Tumboh dengan kehadiran kira-kira 300 orang pelajar termasuk peserta. 26 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini bagi merebut gelaran juara setiap semester.

FESI PRODUCTION diwakili FACIE SOCCER FC turut menyertai kejohanan pada kali ini, namun tewas diperingkat kelayakan suku akhir.Johan bagi KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC 09) kategori lelaki dimenangi oleh pasukan PARADOK ANTHEM FC menewaskan pasukan PAH KITO WAT KIRO FC dan tempat ketiga dimenangi pasukan BARU NAK JADI FC menewaskan GOMO BLAKO B FC. Manakala johan bagi kategori wanita dimenengi pasukan SERABUT TEAM FC menewaskan pasukan TWINGKLE SISTER FC dan tempat ketiga pula pasukan MERPATIH PUTIH FC yang telah berjaya menewaskan pasukan GOMO BLAKO C FC.

Pada pengamatan serta temubual FESI PRODUCTION,timbul kekesalan kejohanan kali ini dicemari dengan insiden pergaduhan dikalangan peserta. kelemahan penganjur yang kurang peka dengan keselamatan peserta juga menjuga turut dipersoalkan berikutan berlakunya pengsan peserta wanita serta kecedraan dibahagian kaki salah seorang peserta KAMPUNG BOY UNITED FC yang kurang mendapat perhatian daripada penganjur.Kit kecemasan yang disediakan pula terdapat ubat yang tidak pasti tarikh luput serta namanya berikutan label ubat terlalu kabur seperti ubat yang telah lama disimpan.Diharapkan kejohanan pada masa akan datang, kelemahan penganjuran kali ini dapat diatasi agar kejadian yang dikesalkan ini tidak berulang.

Friday, July 24, 2009

HOT NEWS FOR UiTM STUDENT



Bahagian Jabatan Hal Ehwal Akademik UiTM telah mengumumkan 26 Julai 2009 sehingga 1 ogos 2009 adalah cuti pertengahan semester bagi semua pelajar UiTM. Mengikut sumber, cuti yang telah diputuskan secara mengejut ini berikutan penutupan sementara beberapa cawangan UiTM akibat penularannya wabak influeanza H1N1. Dengan keputusan yang diputuskan ini, UiTM dapat menyelaraskn silibus pengajaran & pembelajran semua pelajar-pelajarnya.

UiTM Science Club KPTMKB


Penamaan calon bagi UiTM Science Club KPTMKB telah pun diumumkan semalam (23 Julai 2009). Seramai 2 orang calon bagi Presiden, 5 orang calonTimbalan Presiden, 3 orang calon Setiausaha dan 2 orang calon Bendahari akan bertanding dalam merebut jawatan masing-masing. Walau bagaimanapun, pada lewat petang semalam, keputusan bagi jawatan bendahari telah diketahui keputusannya berikutan seorang calon telah menarik diri daripada pencalonan.

News Review

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Seminar Masalah Kesuburan di Kota Bharu
SEMINAR. Seramai 50 peserta termasuk pasangan mandul dan penuntut Kolej Poly-Tech Mara, Kota Bahru menyertai seminar masalah kesuburan anjuran Persatuan Reproduktif Kelantan (ReHAK) di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu semalam.

Seminar dengan kerjasama Pusat Subur Konsep yang beribu pejabat di Australia dan syarikat Shering-Plough bertujuan mewujudkan kesedaran terutama dalam kalangan pasangan muda yang menghadapi masalah untuk mendapatkan cahaya mata.

Pengerusi Biro Pembangunan wanita ReHAK, Nor Bibi Abdullah berkata, ReHAK juga menyediakan perkhidmatan membantu pasangan mandul untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Klinik ReHAK di Machang dan Tanah Merah mengendalikan pemeriksaan ujian barah pangkal rahim dan barah payu dara manakala di Jalan Sultan, Kota Bharu menyediakan klinik khas untuk lelaki.

sumber berita;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_08.htm

KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC 09)

TARIKH : 25 Julai 2009
TEMPAT : Real 7, PasirTumboh
MASA : 8 AM hingga 5 PM

KUMPULAN A
  • Exam FC
  • 3 sen FC
  • ular lidi cendawan FC
  • dtm unlimited FC

KUMPULAN B
  • Happy MU FC
  • Old star FC
  • Paradok anthem FC
  • Baru nak jadi FC
  • Suke-suke sokmo FC

KUMPULAN C
  • Kampung boy united FC
  • Facie soccer FC
  • Kura-kura FC
  • Sempoi dok ada FC
  • 3g FC

KUMPULAN D
  • Pah kito wat kiro FC
  • Gomo blako b FC
  • Samdoll 1 FC
  • Jin on-9 FC

Sistem Perlawanan KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC 09) kali ini pada peringkat suku akhir adalah berkonsepkan kalah mati. KPTMKB-FESIPRODUCTION.BLOGSPOT.COM akan memaklumkan secara langsung keputusan semasa kepada pembaca-pembaca blog ini melalui ruang sembang (slide bar) yang telah disediakan.

Saturday, July 18, 2009

Logo KPTM

Logo Kolej Poly-Tech MARA secara keseluruhannya mendukung falsafah Kualiti, Perjuangan, Terbilang dan Maju.
Reka bentuknya berimej korporat yang mempunyai empat elemen asas iaitu garisan, rupa, bentuk dan warna.
Motif yang terhasil daripada gabungan elemen-elemen tersebut mengandungi nilai-nilai tersendiri
yang menggambarkan imej korporat Kolej Poly-Tech MARA

REKA BENTUK

Menampakkan bentuk perisai atau keratan rentas sebentuk berlian yang melambangkan kekuatan, kekukuhan serta ketinggian
Bentuk ini menggambarkan kekuatan, kekukuhan dan ketinggian nilai Kolej Poly-Tech MARA dalam kalangan institusi pendidikan tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.

Simbol ini melambangkan tiga bidang teras yang diberi tumpuan secara khusus oleh Kolej Poly-Tech MARA iaitu buku melambangkan bidang Akademik; mata pena melambangkan bidang Profesional; dan 3 buah buku yang disusun secara teratur dan kemas melambangkan Pendidikan Berterusan.
Secara simboliknya, imej ini menjadi lambang ketinggian ilmu pengetahuan yang disalurkan menerusi pelbagai saluran secara tersusun dan terancang untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni. Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berpegang kepada ketiga-tiga teras tersebut dalam usaha menjana dan merealisasikan misi dan visi kolej yang didukung oleh seluruh kakitangannya.


P ialah ikon utama Kolej Poly-Tech MARA yang dibentuk melalui gabungan garis-garis halus biru dan kuning. Simbol P dilihat lebih sinonim dengan ungkapan ‘poly-tech’ yang bermaksud kepelbagaian teknologi. Simbol ini juga melambangkan ciri-ciri proaktif, progresif dan perkasa.
Imej
P direka lebih dinamik dan progresif serta mengungkapkan maksud yang futuristik. Simbol ini membawa maksud bahawa Kolej Poly-Tech MARA sentiasa bergerak maju serta komited untuk menjana serta memperkasa kecemerlangan dalam pelbagai bidang teknologi terkini

Bentuk gear dengan 3 gigi secara umumnya melambangkan ‘jentera’. Dalam konteks Kolej Poly-Tech MARA, jenteranya ialah seluruh kakitangan yang menjadi penggerak kepada kemajuan kolej. Imej gear yang bertindih pula menggambarkan arus teknologi yang berkembang dan tidak statik.

a) Gigi gear di tengah mendukung maksud ‘heads on’, iaitu suatu konsep yang cuba diterapkan untuk mengajak seluruh warga Kolej Poly-Tech MARA supaya sama-sama membuat anjakan paradigma (paradigm shift) dalam setiap tingkah-tanduk serta gerak kerja yang dilaksanakan demi kelangsungan Kolej Poly-Tech MARA. Anjakan paradigma boleh diterjemahkan melalui tindakan yang pro aktif, progresf dan perkasa.

b) Gigi gear di atas mendukung maksud ‘hands on’ iaitu suatu konsep yang menerapkan elemen-elemen berikut sebagai teras:

i) Pengurusan dan Kepimpinan

Pengurusan di semua peringkat harus menampilkan imej kepimpinan yang dinamik, progresif serta berwawasan. Untuk mencapai tujuan ini, faktor pengurusan dan kepimpinan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh supaya gaya kepimpinan mereka boleh diteladani oleh seluruh kakitangan bawahan.

ii) “Core Business”

Bisnes teras Kolej Poly-Tech MARA ialah pendidikan. Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berusaha untuk memperkasa aspek pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti kursus yang ditawarkan sentiasa terjamin dan terpelihara serta kompetitif demi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dinamik.

iii) Produk

Sebagai sebuah institusi pendidikan, Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berusaha untuk menghasilkan pelajar yang berdaya saing serta mempunyai perwatakan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

iv) Pembangunan Staf

Memastikan pembangunan kakitangan dirancang dengan rapi dan tersusun demi meningkatkan kualiti tenaga kerja secara berterusan dan dapat melahirkan barisan pelapis yang mantap.

v) Pembudayaan dan Pemantauan

Budaya kerja yang positif seperti rajin, dedikasi dan menghargai masa akan disuburkan di semua peringkat pengurusan. Pemantauan akan dilakukan secara berterusan untuk memastikan budaya yang dipupuk itu terus subur dan berkekalan.

c) Gigi gear di bawah pula mendukung maksud ‘Hearts on’, suatu konsep yang menjuruskan elemen perkongsian nilai secara bersama oleh seluruh kakitangan bagi mencapai matlamat korporat yang telah ditetapkan.