Monday, August 31, 2009

Tiga tahap berpuasa

IBADAT puasa Ramadan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan ulama.
"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukanke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83) Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari) Berpuasa perlu dilakukan mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan diterangkan ulama supaya ibadat berkenaan membawa keredaan, keberkatan dan pahala berganda. Tetapi hari ini kita menemui ada golongan yang berpuasa dengan gaya tersendiri seperti puasa di depan khalayak, berbuka bila berseorangan, manakala ada juga berpuasa perut, tetapi anggota lain tidak.Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya.Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan, tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

  • Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
  • Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)
  • Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
  • Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

Saturday, August 29, 2009

Masalah Pelajar

Tepat pukul 00.00 am pada 29 ogos 2009 Majlis Amanah Rakyat melalui sistem auto payment telah mengkreditkan ke dalam akaun pelajar untuk elaun sara diri bagi pelajar-pelajar kolej poly-tech MARA Kota Bharu. Lebih mengembirakan lagi apabila ada sebahagian daripada pelajar mendapat RM5035.50 melaluinya.

Namun apa yang lebih mengejutkan,pada pukul 8.00 am pada tarikh yang sama dalam penyata bank telah menunjukan sistem direct debit yang baru diperkenalkan kolej poly-tech MARA telah pun dilakukan ke atas akaun pelajar dan didebitkan sebanyak RM550.00. Jumlah tersebut tidak termasuk service charge sebanyak RM0.80 bagi setiap akaun.

Apa yang menjadi persoalan pelajar, tujuan apakah jumlah sebanyak RM 550.00 tersebut di debitkan dari akaun pelajar? melalui pengatahuan pelajar, tidak ada di dalam invois kewangan pelajar jumlah yuran yang berjumlah sebanyak RM550.00. selain itu jumlah service charge sebanyak Rm0.80 melalui sistem direct debit ini juga amat membebankan pelajar.Walaupun jumlah tersebut pada kasarnya sedikit, namun hakikatnya sistem DIRECT DEBIT yang diperkenalkan oleh kolej ini tetep merugikan dan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar.

Jumlah potongan yang menjadi teka-teki kepada pelajar ini haruslah dijawab dengan segera oleh pihak kolej agar tidak menimbulkan kekeliruan di antara pelajar dengan pihak Kolej.Memegang kata daripada Rektor kolej Dato' Razali Agus bahawa "pelajar-pelajar KPTM ini adalah duta kolej ini". Sesunguhnya kami mampu menaikkan mahupun menjatuhkan nama kolej.

Thursday, August 27, 2009

KEJOHANAN TERTUTUP PENCAK SILAT IPTA/IPTS NEGERI KELANTAN

PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN DI
DEWAN SERI CAHAYA POLITEKNIK KOTA BHARU

TARIKH : 08 HINGGA 10 OKTOBER 2009
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH



PENYERTAAN ADALAH DIGALAKKAN

NAMA PENYERTAAN BOLEH DI HANTAR DI BILIK MPP KOLEJ SEBELUM TARIKH KEJOHANAN

SEBARANG PERTANYAAN, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI:
FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM
014-5012679

PROGRAM MEGA DERMA DARAH


PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN DI
DEWAN UTAMA, USM KAMPUS KESIHATAN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2009


PENYERTAAN ADALAH DIGALAKKAN

NAMA PENYERTAAN BOLEH DI HANTAR DI BILIK MPP KOLEJ ATAU PUN EMAIL KAN

NAMA:
ID:
NO. KAD PENGENALAN:


KE: FESIPRODUCTION@YAHOO.COM

SEBELUM JAM 5.00 PETANG 27 OGOS 2009.

SEBARANG PERTANYAAN, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI:
FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM
014-5012679

Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

senarai pemenang badminton terbuka kolej


lelaki
  1. Nur Shariman naqiuddin bin arifin
  2. Muhamad Faizal Bin Yahya
  3. Nik Norazhar bin Zulkepli
  4. Mohd Shafiqezreen Bin Mohd Salleh

Perpmpuan
  1. Nor syuhada Binti Mat Nor
  2. Nur Izdihar Binti Ab. Ghani
  3. Siti Naqqiah Binti Abd. Rahman
  4. Nurul Husna Binti Abd Wahab

Pemenang Bergu

Lelaki
1.Nur shahriman Naqiuddin Bin Arifin
&
Mohd Azraf bin Mohd Rani

2. Muhamad Faizal Bin Yahya
&
Muhamad Mustakim Bin Hashim

3.Allias Bin Abd Rahman
&
Mohd Hakimi Abd Latif

4. Izhan Bin Mohd Salleh
&
Muhammad Hafizi Bin Mohamed

Perempuan
1.Nor Syuhada Binti Mat Nor
&
Nurul Ain Binti Wahidah

2.asiah Shaari
&
Nazihah Zafirah Zahri

3.Nor Fadilah binti Mohd Zin
&
Nur Liyana Binti Abd Malik

4.Nur Hazwani Binti Azmi
&
Mimi Suriatiey Binti Mazlan

Saturday, August 8, 2009

Pengunjung luar negara

Sejak ditubuhkan pada 19 julai 2009 sehingga 8 ogos 2009 Http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com telah menerima sebanyak 288 unik pengunjung & 132 Ip address yang berlainan.Daripada jumlah tersebut, kami juga mendapat kunjungan daripada pengunjung Lampang Thailand,Korea , USA & Mexico.
Walaupun jumlah ini masih sedikit berbanding blog-blog lain, namun kami tetap menghargai kunjugan daripada semua pengunjung. Kami berharap, merealisasi blog Http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com sebagai wadah Kolej Poly-Tech Mara akan tercapai.Sumber Pada:
08.08.2009
09:51 am

Perintah solat 5 waktu


ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.


Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.


Thursday, August 6, 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA USC


Jawatan presiden UiTM Science Club dimenangi oleh Muhammad Ashrof Bin Abdullah (sem 4) dengan 99 undi mengatasi Mohd Hazim Bin Ahmad ( sem 1) dengan 21 undi.

Jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Wan Abdul Rahim Bin Wan Burhad (sem 3) dengan 48 undi mengatasi Siti Nurul Husna (sem 4) dengan 33 undi, Muhd" Ubaidah" Amir Bin Che Mahmood (sem 1) dengan 21 undi dan Muhammad Nazmi Bin Mohd Najib (sem 1)

Bagi jawatan Setiausaha dimenangi oleh Siti Nasuha Binti Mohd Rafien (sem 4) dengan majoriti sebanyak 65 undimengatasi Siti A'isyah Binti Mohd Rosli (sem1) sebanyak 25 undi dan Mohd Naim Bin Abdul Manaf (sem 1) sebanyak 2o undi.

Jawatan Bendahari disandang oleh Mohd Rafie Bin Ali Hassan (sem 3) yang menang tanpa bertanding.

Tuesday, August 4, 2009

KEDAI KOPI!!!


kedai kopi???

apa yg menarik pasal kedai kopi????

hmm, kedai kopi mesti sangat popular dengan kopi ais….

ada juga yang sebut kopi beng….

tapi apa2 jua org panggil kami tak kisah sebab apa yang kami nak cerita kali ini bukan kopi yang dijual di kedai kopi tap tabiat manusia yang menarik di kedai kopi…

kedai kopi sangat popular di kampung-kampung sebagai medan berentap buah DAM tidak kira samada tua atau muda…. ada yang sanggup tunggu berjam-jam untuk menyaksikan dan meyertai pertandingan DAM kedai kopi…

hmm, tu sngt biasa la kan… betul tak????

tapi korang mesti tak pernah terpikir sebenarnya kedai kopi adalah media massa yg sangat popular tanpa juru kamera dan wartawan….

kedai kopi juga adalah mahkamah menghukum org tanpa hakim dan peguam…

eh pelik la…. tak kan la… tak percaya la….

tak percaya ea?… ha itu la hakikatnya yang sebenar…

dulu-dulu ramai orang akan berkumpul di kedai kopi sampai tengah malam semata-mata nak bergosip…

tapi bukan saja nak bergosip… kedai kopi juga medan orang untuk meluahkan masalah dunia dan peribadi masing-masing..

biasa la kan masalah ni kalau tak di cakap tak kan tenang dibuatnya… anda setuju???

jadi sebarang cerita, gosip, fitnah, tazkira ( kalau ada), pasti kejap je tersebar luas..

dan ada orang yang akan dihukum atas cerita yang entah benar atau tak….

semuanya berpunca dari kedai kopi…..

itu la yang kami cakap kedai kopi ni media massa dan mahkamah tak bertuan…

siapa pun bebas berbicara, menghukum, mepertikai dan menfitnah….

eh sudah lah… itu dulu… ya lah dulu mana lagi orang nak lepak kalau bukan kedai kopi…

zaman mcm sekarag ni mana ada dah kedai kopi macam tu.. dunia dah moden orang dah tak melepak… semua sibuk dengan hal masing-masing..

salah !!! salah !!! salah !!! salah !!!

zaman sekarang lagi dahsyat…

eh ye ke ??? buktikan ….

okey !!!!

zaman sekarang ni orang ramai meluahkan perasaan melalui blog-blog….

sama ada cerita tu betul-betul benar atau tipu siapa je yang tahu… yang pasti cerit tu akan tersebar serata pelosok dunia… akan ada orang yang akan membacanya… kalau berita tu palsu akan ada lah orang yang akan difitnah….. huhuhuh horror…

so…

korang fikir macam mana????

mana yang lebih bahaya ??? kedai kopi atau blog ????

jawapanya…..

luuu pikirrrr lerrrr sendriiiii !!!!!!!

Idea asal:

http://siberkiosk.blog.friendster.com/

Sunday, August 2, 2009

Pilihan raya UiTM Science Club KPTMKB

Pilihan raya UiTM Science Club Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu akan diadakan pada;
  • Tarikh: 5 Ogos 2009
  • Masa: 9 AM - 4 Pm
  • Tempat: Lobi Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
Marilah kita bersama-sama keluar untuk membuang undi kerana setiap undian anda akan menentukan nasib UiTM Science Club Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu.

Saturday, August 1, 2009

Manfaat membaca

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

“Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

“Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

“Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

“Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

“Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

“Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

“Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

“Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

“Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya.

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

'Mak jangan sibuk!'


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin layak diberikan kepada seorang pemuda keras hati yang tergamak menengking dan menghalau ibunya ketika wanita berusia separuh abad itu cuba menenangkannya ketika dia mengamuk di ruang perbicaraan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Ah, mak ni, jangan sibuklah. Pergi keluar sana!” jerit bekas pembantu restoran, Abu Bakar Musa, 25, sambil merenung tajam ke arah ibunya yang kemudian terpaksa berundur ke luar bilik mahkamah sambil menangis hiba diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.

Sebelum itu, Abu Bakar tiba-tiba naik angin dan mengamuk sebaik Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 2006.

Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana kesalahan merogol mangsa sama, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda di sini, antara 25 hingga 27 Januari 2006.

Tragedi kejam dan menyayat hati yang menimpa pelajar tingkatan tiga itu mendapat simpati meluas masyarakat negara ini termasuk media massa sebelum mahkamah memutuskan tertuduh bersalah terhadap kedua-dua tuduhan iaitu membunuh dan merogol.

Sebaik hakim memutuskannya bersalah terhadap kedua-dua tuduhan, Abu Bakar yang tidak dapat menerima keputusan itu tiba-tiba bertindak agresif sejurus Azahar memerintahkan mahkamah berhenti bersidang dan keluar dari bilik bicara.

Sebelum itu, Abu Bakar dilihat sebak dan hanya merintih di kandang tertuduh sambil ditenangkan adik lelaki dan ibunya sebelum dia tiba-tiba bingkas bangun dan menengking Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou Chuen dan Juanita Mohd Said, dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.

“Aku tak puas hati dengan Timbalan Pendakwa Raya yang ni. Mana dia? Kurang ajar betul kau... Engkau memang nak kena ya? Jaga kau nanti, aku takkan lepaskan kau. Kau tunggulah!” pekiknya tanpa mempedulikan kira-kira 20 hadirin dalam kamar bagi menyaksikan perbicaraan.

Tertuduh diwakili peguam, Norman Fernandez.

Melihat kemarahan Abu Bakar semakin menjadi-jadi, ibunya terus menerpa dan memujuknya supaya bersabar sambil berkata: “Sudahlah, bersabarlah. Apa yang sudah jadi itu, jadilah.”

Malangnya, pujukan ibu tua itu rupa-rupanya seperti menyimbah minyak ke dalam api apabila wanita tidak berdosa itu pula menjadi sasaran maki-hamun anaknya.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai termasuk wakil media dan ibu bapa Syafiqah diminta keluar dari bilik perbicaraan.

Kekecohan itu berlarutan kira-kira 10 minit sehingga sekumpulan anggota polis mahkamah terpaksa dipanggil ke bilik berkenaan untuk mengawal keadaan, manakala Abu Bakar masih tidak berhenti memekik dan mencabar Timbalan Pendakwa Raya sambil menendang perabot dan merosakkan harta benda mahkamah.

Sementara itu, bapa Syafiqah, Mohamad Borhan Awang, 51, yang ditemui selepas prosiding itu semalam berkata, walaupun lebih tiga tahun berlalu, kehilangan puteri sulungnya itu masih terasa di hatinya dan isteri, Nora Abu Bakar, 48.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kematian Syafiqah sudah menerima pembelaan dan hukuman dijatuhkan terhadap Abu Bakar setimpal serta berpatutan kerana sekurang-kurangnya tidak ada lagi orang lain akan menerima nasib sama seperti anak gadisnya.

“Arwah harapan dalam keluarga kami. Dia akan tetap hidup di hati saya dan ibunya sampai bila-bila,” katanya sebak manakala Nora hanya mampu mendengar sambil mengesat air mata.

Nora yang hadir berbaju kurung kuning serta bertudung hitam kelihatan sebak sepanjang prosiding berlangsung dan tidak henti-henti menyebut nama Allah ketika mendengar hakim membacakan keputusan.

Terdahulu, Nora memberitahu, adik Allahyarham juga mahu mengikuti prosiding semalam, namun hajatnya tidak kesampaian apabila terpaksa bersekolah.