Friday, July 31, 2009

Kenaikan Yuran Asrama

  1. ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN KENAIKAN YURAN ASRAMA?
  2. ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN?
  3. BERBALOIKAH DENGAN KENAIKAN YURAN ASRAMA DENGAN PINJAMAN YANG ANDA TERIMA?
Penyertaan daripada anda sangat diharapkan.Kami akan mengajukan penyertaan anda kepada pihak kolej untuk menjawab persolan di atas. Maklum balas daripada pihak kolej juga akan kami cuba dapatkan dan akan kami paparkan di http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com. Semua penyertaan anda haruslah di emailkan kepada fesiproduction@yahoo.com .

Thursday, July 30, 2009


Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut.

Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat. Tetapi tidak dapat dinafikan, persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.

Bagi saya, apa-apa sahaja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat didalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh. Malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ketika menjelaskan lagi konsep Satu Malaysia yang dimaksudkan itu.

Satu Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub. Dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika Perlembagan Malaya Merdeka dirangka, sekaligus mambawa kepada pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 19657. Pesefahaman juga telah dicapai dengan meletetakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai timbal balasnya, agama-agama lain boleh diamalkan oleh para penganut masing-masing di dalam aman dan harmoni.

Oleh itu dari sudut agamanya, konsep Satu Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semanjak penggubalan Perlembagaan Negara menjelang tarikh kemerdekan pada 31 Ogos 1957. Dan sehinggalah ke hari ini, kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SATU MALAYSIA RENTETAN SEJARAH DUNIA

Sejarah pembangunan tamadun islam semanjak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke zaman kegemilangan islam yang bertapak di Eropah dan China, mambuktikan, konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mampunyai prinsip mamberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah turut membuktikan, pemerintahan Islam semasa Rasulullah S.A.W. di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik sekaligus menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat dibawah pemerintahan itu. Lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep Satu Malaysia semestinya akan mangambil iktibar dari perjalanan sejarah ini demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan diatas, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semanjak berkuat kuasanya Perlembagaan, agama Islam merupakan agama negara, dan raja-raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.

Yang Di-Pertuan Agong dalam lafas penerimaan perlantikan Baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk mematubkan Islam sebagai agama negara merupakan satu persepakatan di antara al-marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam dalam dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalah gunakan oleh sesiapa pun. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Manteri manyedari hal ini ketika meletakan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘Satu Malaysia’.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membincangkan isi-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep Satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini menyaksikan kehadiran golongan radikal dan ekstremis dikalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu. Atau kerana kepentingan diri sendiri.

Event

Majlis bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
  • Tarikh : 1 ogos 2009
  • Tempat: Kompleks Sukan Sekolah-sekolah Kelantan
  • Masa: 8.30 Pagi
Kepada sesiapa yang ingin menyertai program tersebut, hendaklah mendaftarkan diri di bilik MPP

Event

Seminar Integerasi IPTA & IPTS negeri Kelantan
  • Tarikh : 30 Julai 2009
  • Tempat : Pantai Cahaya Bulan Beach Resort
  • Masa : 8 AM - 4.30 PM

Wednesday, July 29, 2009

UiTM Science Club KPTMKB

Gastric

What are the symptoms of a stomach ulcer?
Pain in the upper
abdomen just below the sternum (breastbone) is the common symptom. It usually
comes and goes. It may be eased if you take antacid tablets. Sometimes food
makes the pain worse. The pain may wake you from sleep.
Other symptoms which
may occur include: bloating, retching, and feeling sick. You may feel
particularly 'full' after a meal.
Complications develop in some cases, and
can be serious. These include:
Bleeding ulcer. This can range from a
'trickle' to a life-threatening bleed.
Perforation. This is where the ulcer
goes right through ('perforates') the wall of the stomach. Food and acid in the
stomach then leak into the abdominal cavity. This usually causes severe pain and
is a medical emergency.

TEXT BY:
http://raudhahkhaulah.blogspot.com/
Licturer Biology KOLEJ POLY_TECH MARA KOTA BHARU

Tuesday, July 28, 2009

gambar-gambar KEJOHANAN FUTSAL INTER-COURSE 2009 (KfiC'09)
















KEJOHANAN BOLA SEPAK IPT KELANTAN

Kepada semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan yang berminat untuk mewakili Kolej di dalam KEJOHANAN BOLA SEPAK IPT KELANTAN dikehendaki mendaftarkan diri untuk menyertai pemilihan. Pemilihan pemain akan dibuat pada:
  • Tarikh : 3 ogos 2009
  • Masa : 5 PM
  • Tempat : Padang Kompleks Sukan Panji
Pendaftaran bagi menghadirkan diri untuk pemilihan adalah wajib, dan haruslah dibuat kepada En.Mahathir / En. Mohd Hanis selewat-lewatnya pada 2 ogos 2009 (Ahad)

Ad-Din

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.
Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

Monday, July 27, 2009

KEJOHANAN BADMINTON KPTM KOTA BHARU


Jom!!! bersama-sama kita memeriahkan kejohanan badminton KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU yang akan berlangsung pada 1 ogos 2009 di Dewan Tengku Anis pengkalan chepa. Maklumat lanjut hubungi Majlis perwakilan pelajar (MPP) Unit Sukan & Reakrasi.