Friday, October 30, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Keputusan pilihan Raya KPTMKB 2009
Selepas pengumuman calon telah dibuat pada beberapa hari yang lepas, hanya 2 calon rasmi telah bertanding untuk merebut jawatan bagi presiden MPP sesi 2009/2010. Dua calon tersebut ialah ABDUL HADI BIN MENHAD sem3 & FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM sem5.
Namun, selepas beberapa hari poster masing-masing telah ditampal, FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM yang juga bekas presiden sesi lepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terus bertanding. Dengan keputusan itu, maka secara automatiknya ABDUL HADI BIN MENHAD sem3 memenangi jawatan tersebut. walau bagaimanapun keputusan secara rasmi bagi jawatan ini belum diumumkan hingga setakat ini.

Wednesday, October 14, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Dari Bilik MPP (2)
soalan : sepatutnya masalah yang timbul camne....Majlis Perwakilan Pelajar KPTMKB (MPPKPTMKB) mesti la membantu pelajar... berjumpa dengan pelajar semua jurusan bkn hanye duk diam sahaja....jd tolong la ambik tindakan sewajarnye sebelum pelajar mengata yg bukan2 tentang MPP...
September 5, 2009 7:54 PM
Sumber: http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com/2009/08/duit-oh-duit.html#comments
Presiden MPP: Untuk memuaskan hati semua pelajar mengenai masalah kewangan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan "Program Bersama Akauntan" pada 11 oktober 2009. tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian melalui notis-notis yang akan dipaparkan sama ada di http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com atau pun papan kenyataan kolej. Kehadiran adalah dialu-alukan kepada semua pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA kampus Kota Bharu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mahupun kekeliruan yang dihadapi.
September 10, 2009 10:15 AM

Bicara Dari Bilik MPP
Soalan: skrg ni dah masuk dalam bulam september ttp dalm bulan 8 kate ade majlis sambutan KEMERDEKAAN...
tp kenapa sunyi sepi je....cme yg ade hnye lah pertandingan drama shj.....buat frist timenye kolej x smbut hari KEMERDEKAAN pelik...pelik...
dimanakah semangat cintakan MALAYSIA???
dimanakah penghayatan kemerdekaan???
adakah hnye sekadar didlam pertandingan drama shj???
jd kita ingin menyalah sapa????
adekah pihak kolej????
atau sesiapa yg berkenaan.....
SEPTEMBER 5, 2009 8:06 PM
Sumber: http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com/2009/08/program-mega-derma-darah.html
Presiden MPP: Mengenai majlis sambutan Kemerdekaan kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sambutan dengan cara sebelum ini. Hal ini kerana sambutan kemerdekaan sepatutnya dilakukan dengan solat kesyukuran kita telah merdeka bukannya dengan aktiviti yang melalaikan. Oleh itu, MPP telah membatalkan segala perancangan. Drama yang telah dilangsungkan pun telah disyaratkan dengan menerapkan nilai-nilai berunsur positif dan mempunyai nilai keagamaan.
SEPTEMBER 10,2009 11:15 AM

Monday, August 31, 2009
Tiga tahap berpuasa
IBADAT puasa Ramadan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan ulama.
"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukanke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83) Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari) Berpuasa perlu dilakukan mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan diterangkan ulama supaya ibadat berkenaan membawa keredaan, keberkatan dan pahala berganda. Tetapi hari ini kita menemui ada golongan yang berpuasa dengan gaya tersendiri seperti puasa di depan khalayak, berbuka bila berseorangan, manakala ada juga berpuasa perut, tetapi anggota lain tidak.Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya.Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan, tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:
- Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
- Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
- Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)
- Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.
- Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
- Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
Saturday, August 29, 2009
Masalah Pelajar
Tepat pukul 00.00 am pada 29 ogos 2009 Majlis Amanah Rakyat melalui sistem auto payment telah mengkreditkan ke dalam akaun pelajar untuk elaun sara diri bagi pelajar-pelajar kolej poly-tech MARA Kota Bharu. Lebih mengembirakan lagi apabila ada sebahagian daripada pelajar mendapat RM5035.50 melaluinya.
Namun apa yang lebih mengejutkan,pada pukul 8.00 am pada tarikh yang sama dalam penyata bank telah menunjukan sistem direct debit yang baru diperkenalkan kolej poly-tech MARA telah pun dilakukan ke atas akaun pelajar dan didebitkan sebanyak RM550.00. Jumlah tersebut tidak termasuk service charge sebanyak RM0.80 bagi setiap akaun.
Apa yang menjadi persoalan pelajar, tujuan apakah jumlah sebanyak RM 550.00 tersebut di debitkan dari akaun pelajar? melalui pengatahuan pelajar, tidak ada di dalam invois kewangan pelajar jumlah yuran yang berjumlah sebanyak RM550.00. selain itu jumlah service charge sebanyak Rm0.80 melalui sistem direct debit ini juga amat membebankan pelajar.Walaupun jumlah tersebut pada kasarnya sedikit, namun hakikatnya sistem DIRECT DEBIT yang diperkenalkan oleh kolej ini tetep merugikan dan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar.
Jumlah potongan yang menjadi teka-teki kepada pelajar ini haruslah dijawab dengan segera oleh pihak kolej agar tidak menimbulkan kekeliruan di antara pelajar dengan pihak Kolej.Memegang kata daripada Rektor kolej Dato' Razali Agus bahawa "pelajar-pelajar KPTM ini adalah duta kolej ini". Sesunguhnya kami mampu menaikkan mahupun menjatuhkan nama kolej.
Thursday, August 27, 2009
KEJOHANAN TERTUTUP PENCAK SILAT IPTA/IPTS NEGERI KELANTAN
PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN DI
DEWAN SERI CAHAYA POLITEKNIK KOTA BHARU
TARIKH : 08 HINGGA 10 OKTOBER 2009
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH
PENYERTAAN ADALAH DIGALAKKAN
NAMA PENYERTAAN BOLEH DI HANTAR DI BILIK MPP KOLEJ SEBELUM TARIKH KEJOHANAN
SEBARANG PERTANYAAN, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI:
FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM
014-5012679

PROGRAM MEGA DERMA DARAH

PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN DI
DEWAN UTAMA, USM KAMPUS KESIHATAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2009
PENYERTAAN ADALAH DIGALAKKAN
NAMA PENYERTAAN BOLEH DI HANTAR DI BILIK MPP KOLEJ ATAU PUN EMAIL KAN
NAMA:
ID:
NO. KAD PENGENALAN:
KE: FESIPRODUCTION@YAHOO.COM
SEBELUM JAM 5.00 PETANG 27 OGOS 2009.
SEBARANG PERTANYAAN, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI:
FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM
014-5012679
DEWAN UTAMA, USM KAMPUS KESIHATAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2009
PENYERTAAN ADALAH DIGALAKKAN
NAMA PENYERTAAN BOLEH DI HANTAR DI BILIK MPP KOLEJ ATAU PUN EMAIL KAN
NAMA:
ID:
NO. KAD PENGENALAN:
KE: FESIPRODUCTION@YAHOO.COM
SEBELUM JAM 5.00 PETANG 27 OGOS 2009.
SEBARANG PERTANYAAN, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI:
FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM
014-5012679
Subscribe to:
Posts (Atom)