Wednesday, September 16, 2009

Dari Bilik MPP (2)

soalan : sepatutnya masalah yang timbul camne....Majlis Perwakilan Pelajar KPTMKB (MPPKPTMKB) mesti la membantu pelajar... berjumpa dengan pelajar semua jurusan bkn hanye duk diam sahaja....jd tolong la ambik tindakan sewajarnye sebelum pelajar mengata yg bukan2 tentang MPP...

September 5, 2009 7:54 PM
Sumber: http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com/2009/08/duit-oh-duit.html#comments

Presiden MPP: Untuk memuaskan hati semua pelajar mengenai masalah kewangan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan "Program Bersama Akauntan" pada 11 oktober 2009. tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian melalui notis-notis yang akan dipaparkan sama ada di http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com atau pun papan kenyataan kolej. Kehadiran adalah dialu-alukan kepada semua pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA kampus Kota Bharu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mahupun kekeliruan yang dihadapi.

September 10, 2009 10:15 AM

Bicara Dari Bilik MPP

Soalan: skrg ni dah masuk dalam bulam september ttp dalm bulan 8 kate ade majlis sambutan KEMERDEKAAN...
tp kenapa sunyi sepi je....cme yg ade hnye lah pertandingan drama shj.....buat frist timenye kolej x smbut hari KEMERDEKAAN pelik...pelik...
dimanakah semangat cintakan MALAYSIA???
dimanakah penghayatan kemerdekaan???
adakah hnye sekadar didlam pertandingan drama shj???
jd kita ingin menyalah sapa????
adekah pihak kolej????
atau sesiapa yg berkenaan.....

SEPTEMBER 5, 2009 8:06 PM

Sumber: http://kptmkb-fesiproduction.blogspot.com/2009/08/program-mega-derma-darah.html

Presiden MPP: Mengenai majlis sambutan Kemerdekaan kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sambutan dengan cara sebelum ini. Hal ini kerana sambutan kemerdekaan sepatutnya dilakukan dengan solat kesyukuran kita telah merdeka bukannya dengan aktiviti yang melalaikan. Oleh itu, MPP telah membatalkan segala perancangan. Drama yang telah dilangsungkan pun telah disyaratkan dengan menerapkan nilai-nilai berunsur positif dan mempunyai nilai keagamaan.

SEPTEMBER 10,2009 11:15 AM