Tuesday, October 27, 2009

Keputusan pilihan Raya KPTMKB 2009

Selepas pengumuman calon telah dibuat pada beberapa hari yang lepas, hanya 2 calon rasmi telah bertanding untuk merebut jawatan bagi presiden MPP sesi 2009/2010. Dua calon tersebut ialah ABDUL HADI BIN MENHAD sem3 & FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM sem5.

Namun, selepas beberapa hari poster masing-masing telah ditampal, FADHLULLAH BIN BAHRUNNIZAM yang juga bekas presiden sesi lepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terus bertanding. Dengan keputusan itu, maka secara automatiknya ABDUL HADI BIN MENHAD sem3 memenangi jawatan tersebut. walau bagaimanapun keputusan secara rasmi bagi jawatan ini belum diumumkan hingga setakat ini.