Tuesday, July 6, 2010

Fesi kini lebih proaktif

Markas (K) : 06 Julai- Sekumpulan Ex Fesilitator yang terdiri daripada kumpulan p&k hari ini telah membuka lembaran baru bagi semester Julai 2010 setelah sepakat membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi Program KONVOI & SCHOOL ATTACK (KOTAK).

Kesemua mereka seramai 25 orang telah dibahagikan tugas masing-masing untuk menjalankan program tersebut. Program yang berkonsepkan membina ukuwah diantara pihak kolej serta masyarakat ini akan dilaksanakan bersama dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti POLIS, BOMBA dan Kementerian Kesihatan Malaysia. selain itu, Program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ahli P&K dengan menjalankan aktiviti bersama. Menurut perancangan, dikhabarkan sekumpulan mereka ini akan ke pulau Langkawi selepas Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Tidak hanya berhenti di situ sahaja, perancangan turut merangka untuk bercuti bersama ke Pulau perhentian.

Pada pandangan daripada pihak Kolej melalui wakilnya, Yang Mulia Raja Izzuddin Bin Raja Ahmad, selaku Timbalan pengarah perkhidmatan kolej Poly-tech MARA, beliau sangat menyokong program ini dan sedia memberi bantuan yang sewajarnya, ketika ditanya oleh wakil media kami.-Fesi News.

No comments:

Post a Comment