Motif yang terhasil daripada gabungan elemen-elemen tersebut mengandungi nilai-nilai tersendiri
yang menggambarkan imej korporat Kolej Poly-Tech MARA
REKA BENTUK
Menampakkan bentuk perisai atau keratan rentas sebentuk berlian yang melambangkan kekuatan, kekukuhan serta ketinggian
Bentuk ini menggambarkan kekuatan, kekukuhan dan ketinggian nilai Kolej Poly-Tech MARA dalam kalangan institusi pendidikan tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.
Simbol ini melambangkan tiga bidang teras yang diberi tumpuan secara khusus oleh Kolej Poly-Tech MARA iaitu buku melambangkan bidang Akademik; mata pena melambangkan bidang Profesional; dan 3 buah buku yang disusun secara teratur dan kemas melambangkan Pendidikan Berterusan.
Secara simboliknya, imej ini menjadi lambang ketinggian ilmu pengetahuan yang disalurkan menerusi pelbagai saluran secara tersusun dan terancang untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni. Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berpegang kepada ketiga-tiga teras tersebut dalam usaha menjana dan merealisasikan misi dan visi kolej yang didukung oleh seluruh kakitangannya.
Imej P direka lebih dinamik dan progresif serta mengungkapkan maksud yang futuristik. Simbol ini membawa maksud bahawa Kolej Poly-Tech MARA sentiasa bergerak maju serta komited untuk menjana serta memperkasa kecemerlangan dalam pelbagai bidang teknologi terkini
Bentuk gear dengan 3 gigi secara umumnya melambangkan ‘jentera’. Dalam konteks Kolej Poly-Tech MARA, jenteranya ialah seluruh kakitangan yang menjadi penggerak kepada kemajuan kolej. Imej gear yang bertindih pula menggambarkan arus teknologi yang berkembang dan tidak statik.
a) Gigi gear di tengah mendukung maksud ‘heads on’, iaitu suatu konsep yang cuba diterapkan untuk mengajak seluruh warga Kolej Poly-Tech MARA supaya sama-sama membuat anjakan paradigma (paradigm shift) dalam setiap tingkah-tanduk serta gerak kerja yang dilaksanakan demi kelangsungan Kolej Poly-Tech MARA. Anjakan paradigma boleh diterjemahkan melalui tindakan yang pro aktif, progresf dan perkasa.
b) Gigi gear di atas mendukung maksud ‘hands on’ iaitu suatu konsep yang menerapkan elemen-elemen berikut sebagai teras:
i) Pengurusan dan Kepimpinan
Pengurusan di semua peringkat harus menampilkan imej kepimpinan yang dinamik, progresif serta berwawasan. Untuk mencapai tujuan ini, faktor pengurusan dan kepimpinan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh supaya gaya kepimpinan mereka boleh diteladani oleh seluruh kakitangan bawahan.
ii) “Core Business”
Bisnes teras Kolej Poly-Tech MARA ialah pendidikan. Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berusaha untuk memperkasa aspek pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti kursus yang ditawarkan sentiasa terjamin dan terpelihara serta kompetitif demi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dinamik.
iii) Produk
Sebagai sebuah institusi pendidikan, Kolej Poly-Tech MARA sentiasa berusaha untuk menghasilkan pelajar yang berdaya saing serta mempunyai perwatakan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
iv) Pembangunan Staf
Memastikan pembangunan kakitangan dirancang dengan rapi dan tersusun demi meningkatkan kualiti tenaga kerja secara berterusan dan dapat melahirkan barisan pelapis yang mantap.
v) Pembudayaan dan Pemantauan
Budaya kerja yang positif seperti rajin, dedikasi dan menghargai masa akan disuburkan di semua peringkat pengurusan. Pemantauan akan dilakukan secara berterusan untuk memastikan budaya yang dipupuk itu terus subur dan berkekalan.
c) Gigi gear di bawah pula mendukung maksud ‘Hearts on’, suatu konsep yang menjuruskan elemen perkongsian nilai secara bersama oleh seluruh kakitangan bagi mencapai matlamat korporat yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment